Thursday, February 25, 2010

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya.
Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains.Disamping itu, sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum), ia akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi s.a.w. dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi saw.
Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida’ah).
Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi saw berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman 144).
Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibmu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa’i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, “Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu’tazilah.” Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, “Dia seorang dajjal” (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 – 475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.
Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)
Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:·
Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun.·
Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.·
Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.·
Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas.
Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam “Nurul Yaqin” (hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri di dalam “Ar Rahiqul Makhtum” (halaman 54), `Allamah Sibli Nu’mani di dalam “Siratun Nabi” (jilid 1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam Azad di dalam “Rasul Rahmat” (hal. 37) dan lain-lain.
Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad s.a.w. pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:·
Tahun kewafatan Baginda s.a.w. ialah 11H·
Dalam bulan Rabiul Awwal· Antara 1hb. Hingga 12hb.· Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 51-52)·
Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).·
Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j.11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).
Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda s.a.w. seperti berikut:
1-Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.
2 -Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2,9 atau 16hb. Rabiul Awwal.
Selain daripada dua andaian tersebut itu, terdapat enam andaian lagi seperti yang terdapat dalam jadual berikut:
Jumlah hari bagi bulan Tarikh Hari Isnin dalam bulan Rabiul Awwal :
Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (29) 1 8 15
Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (29) 1 8 15
Zulhijjah (29) Muharram (29) Safar (30) 1 8 15
Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (30) 7 14 21
Zulhijjah (30) Muharram (30) Safar (29) 7 14 21
Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (30) 7 14 21
Daripada tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. Rabiul Awwal tidak dapat diterima kerana selain daripada alasan-alasan yang tersebut tadi, tidak ada satupun riwayat yang menyokongnya. Berkenaan dengan 2hb. pula , selain daripada tidak mungkin terjadinya ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri daripada 30 hari di dalam kesemuanya, tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya. Apa yang ada hanyalah riwayat Hisyam bin Muhammad Al Kalbi dan Abu Mikhnaf yang dianggap sebagai pendusta oleh ulama-ulama hadis.
Berhubung dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua’im Fadhal bin Dukain dan lain-lain. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579). Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M.
Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kami kemukakan pihak kami berharap agar masyarakat menilai semula tarikh sebenar kelahiran nabi s.a.w. dan tidak merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi s.a.w. padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.
(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan Darul Quran Was Sunnah dengan sedikit pindaan)

Tuesday, February 23, 2010

Permasalahan Qadha Solat Bagi Yang Meninggalkan Solat Tanpa Uzur

Keuzuran yang syar’ie yang membuatkan seseorang itu tidak berdosa ketika meninggalkan solat ialah gila, terlupa atau tertidur, dipaksa, sudah menunaikan solat secara jamak, ketakutan yang bersangatan kerana ancaman keadaan (seperti yang berlaku ketika peperangan khandak lihat dalam Bukhari no. 598).
Adapun selainnya baik lelaki dan perempuan yang berakal, Islam, serta telah baligh maka baginya kewajipan yang ditetapkan supaya mendirikan solat.“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).
Bersabda rasulullah salallahualaihiwasa lam : “ Sesungguhnya antara (pembatas) seorang lelaki itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat” (hadith sahih riwayat Muslim no. 987, Abu Daud, Nasaie).
Perintah menunaikan solat ialah satu kewajipan sehingga bagi yang sakit tidak terlepas dari kewajipan menunaikannya selama mempunyai akal apabila Islam memberi kelonggaran supaya harusnya menunaikan solat dengan keadaan duduk, berbaring dan bahkan dengan gerak isyarat mata atau sehingga jika tidak mampu cukup dengan lintasan hati selama ianya masih sedar dan berakal.“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (At-taghabun :16).Juga sekiranya tiada air demi bersuci dan berwudhuk maka Islam membolehkan bertayamum mengunakan debu tanah yang berada di sekeliling dunia.“ Apabila kamu tidak menemui air maka bertayammumlah dengan debu tanah yang suci..” (Al-maidah : 43)
Perbuatan meninggalkan solat ialah dosa besar dan termasuk salah satu di antara dosa yang boleh membawa kufur kepada pelakunya. Sekiranya ada sesiapa yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya dan membenci perbuatan solat yang merupakan ibadah ini dan menganggap menyusahkan maka ianya tanpa syak kufur dan murtad dari agama Islam dengan ijmak ulama (Al-Majmuk m/s 16 Jilid 3, Hukum Meninggalkan Solat oleh Ibn Qayyim).“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).
Adapun yang meninggalkan solat dengan sebab malas dan leka serta lalai kerana dunia dan dalam masa yang sama tidaklah menafikan kewajipan solat dan tidak pula bermaksud mengingkari perintah Allah maka baginya hukum fasiq dan munafiq namun masih tetap dianggap muslim dan dipelihara haknya sebagai muslim tetapi tetap wajar menerima hukuman dan teguran.
Demikian mazhab As-Sauri , Abi Hanifah dan golongan Maliki serta Syafie dan Ahmad dari riwayat-riwayat lain yang darinya (lihat Mughni Muhtaj, Al-Majmuk dll).Sekalipun mereka ini yang berpendapat tidak jatuh kafir bagi orang yang meninggalkan solat dengan sebab malas dan leka serta lalai namun para ulama ini tidak pula bermaksud mengambil pandang ringan kerana mereka tetap menetapkan perlaku dosa besar meninggalkan solat ini mesti dihukum dengan hukuman bunuh dan ini pendapat Maliki serta Syafie.
Adapun pendapat yang mengatakan mereka ini tidak dibunuh sebaliknya disebat dan dipenjara sehingga mati atau bertaubat nasuha dan ini pula ialah pendapat dari mazhab Az-Zuhri dan Ibn Musayyib serta Umar Ibn Abd Aziz dan Abu Hanifah dan Ibn Hazm.
Manakala sebahagian yang lain tetap mengkafirkan golongan ini yang meninggalkan solat tanpa uzur sekalipun tidak menolak kewajipan solat dengan menjatuhkan hukum kafir dan murtad dari Islam kerana meninggalkan solat yang merupakan rukun Islam dan mereka ialah mazhab Said ibn Jubair , Auzaie, Ibn Mubarak, Ishaq dan riwayat yang sahih dari Imam Ahmad dan salah satu qaul dari mazhab Syafie serta Ibn hazm dengan riwayat daripada Umar ibn Khatab , Muadz ibn Jabal dan Abd rahman ibn Auf serta Abi Hurairah dan selainnya dari sahabat rasulullah ra (lihat dalam Al-Insof, Majmuk Fatawa, Hukum Meninggalkan solat oleh Ibn Qayyim).
Pelbagai khilaf dan hujah serta dalil dalam masalah ini namun saya tidak berhajat memanjangkan bicara dalam masalah khilaf ini sebaliknya terus kepada isi pokok perbincangan iaitu tentang perihal qadha solat bagi yang meninggalkan solat tanpa uzur.
Ketahuilah baik salah satu diantara kedua kedudukan hukum golongan yang meninggalkan solat apakah kafir atau fasiq dan munafiq maka keduanya berdosa besar dan bukanlah ringan dan baik sebaliknya tercela dan dibenci dengan kemurkaan Allah swt.
Pendapat yang membolehkan dan mewajibkan qadha bagi yang meninggalkan solat ialah mazhab jumhur ulama daripada imam mazhab yang empat dan ianya dengan syarat hendaklah perlakunya yang meninggalkan solat tanpa uzur itu selain berqadha solatnya yang telah ditinggalkan maka hendaklah juga bertaubat dengan taubat nasuha atas dosa besarnya itu (lihat dalam Al-Majmuk, Al-Insof dll).
Bukanlah bermakna bolehnya qadha solat itu maka diri pembuat dosa boleh terselamat dan terampun dosa sebaliknya hanya usaha ikhtiar selain taubat nasuha bagi menebus kesalahan yang telah dilakukan.
Adapun pendapat selainnya yang mengatakan tiada qadha bagi solat yang ditinggalkan ialah pendapat Umar ibn Khattab dan ibn Umar serta Sa’ad ibn Abi Waqas dan Ibn Mas’ud ra, Ibn Sirrin , Ibn Hazm, dan juga pendapat daripada Syeikhul Islam ibn Taimiyyah ra serta jumlah besar dari salaf soleh yang lain.“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).
Demikian jumlah besar menolak adanya qadha solat dengan dalil bahawa solat ini satu kewajipan yang dibuat hanya pada waktunya bukan diluar waktunya (lihat Al-Muhalla ibn Hazm, Majmuk Fatawa, Nailur Authar dll).
Dalam hal ini satu keputusan dapat diambil bahawa golongan yang menolak adanya qadha solat ialah kerana selain menetapkan solat dilaksanakan pada waktu khas dan jika selainnya tidak lagi dikira maka mereka juga mengkafirkan peninggal solat sehingga tiada guna menunaikan qadha lagi.
Keadaan ini dapat diselesaikan hanya apabila orang yang meninggalkan solat ini bertaubat dan kembali dengan taubat nasuha serta di sini mereka diwajibkan melakukan qadha.“Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (yang sersungguh-sungguh) moga tuhanmu akan menghapuskan dosa-dosa kamu …” (At-Tahrim : 8).
Maka bagi yang bertaubat dengan taubat nasuha maka hendaklah dia mengulangi segala solat yang telah ditinggalkan dengan melakukan solat pada waktunya dan memperbanyakkan solat-solat sunat.Ini berdasarkan kepada hadith rasul yang menyebut : “Sesungguhnya yang paling awal akan dihisab di hari akhirat daripada amal perbuatan ialah solat dan sekiranya baik (solatnya) maka telah berjaya dan selamat dan sekiranya rosak (meninggalkan) solatnya maka gagal dan rugilah dia serta jika berkurang pahala dari solat wajibnya maka akan berkatalah tuhan yang Mulia dan tinggi : Lihatlah apakah hambaku ini ada melakukan solat sunat dan tampunglah apa yang kurang dari yang wajib dan kemudian jadikanlah seluruh amalannya seperti itu” (hadith sahih riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi dan Ibn Majah)...dicopy dari idhamlim
wallahualam

Sunday, February 21, 2010

Skor Yop Skor

perak kalah lagiiiiiii...kt tempat sendiri lak tu...harapan palsu betui la...
td p tgk game perak lawan t team kt stadium...piala FA..adui..macam hawor perak main....xtau laa pe nk jadi..kalo main mcm tu...alamat ke liga perdana laa perak musim depan..walaupun player muda..tp mcm xde stamina je.. dh tu skil merapu...main xde plan..mcm main kt kampung je..koc perak ni ntah apa yang trainning hari2 pun xtau..tahan bola pun kantoi lagi...rasanye tahun lepas punya game lagi ok...harap2 perak bleh ubah laa corak untuk next game..huhuhh rasa rugi je tiket 8 hinggit...

Friday, February 19, 2010

FaCeBoOk DaN kEnAnGaN

huhuhhh...rasa baru je cuti...ni dh cuti balik...jap je masa berlalu...sok igt nk balik kampung laa jap...mlmni wifi lagi kt tasneem...mcm biasa layan fesbuk la...aku tengok bebudak yang wifi kt sini kebanyakannye dok layan fesbuk je...apeke ganja laa ada lam fesbuk ni sampai ketagih dibuatnye...

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg, seorang Yahudi-Amerika. Beliau dilahirkan pada 1984 di New York dan hanya merupakan seorang pelajar ketika mengasaskan facebook pada 2004 di Havard University. Sebenarnya, facebook merupakan satu tools yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Havard. Facebook direka untuk Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya yang lain di Havard berinteraksi antara satu sama lain dan supaya lebih mengenali sesama mereka. Myspace dan Friendster adalah aplikasi yang hampir sama dengan facebook tetapi facebook mempunyai keunikan dan kehebatan tersendiri menyebabkan ia menjadi amat popular di Havard. Dalam masa beberapa bulan sahaja, ia telah mula digunakan di kolej-kolej, sekolah, dan dalam tempoh setahun, ia telah dibuka kepada orang ramai.
Banyak sebenarnya kisah-kisah di Internet tentang bagaimana Mark Zuckerberg nie menjadi kaya dengan tiba-tiba. Beliau banyak dibantu oleh rakan-rakan programmer yang lain untuk menjadikan facebook satu platform sosial networking yang terbaik di dunia. Yang menariknya setelah baru 2 tahun beroperasi jer, banyak web2 sosial network dan media seperti Myspace dan Youtube dijual dengan harga berjuta dollar. Myspace menerima tawaran NEWS CORP. sebanyak USD$580 juta, YouTube menerima tawaran USD$1.5 billion dari Google tetapi Mark Zuckerberg langsung tidak mahu menjual facebook walaupun ditawar oleh Google & Yahoo iaitu sebanyak hampir USD$1 billion. "Facebook bukan untuk dijual" kata beliau dengan selamba. Ini menimbulkan kontrovesi dan beliau dikatakan bodoh kerana tidak menerima tawaran tersebut. Pelbagai tomahan dan kritikan pedas diajukan terhadap beliau tetapi beliau tetap berkeras tidak mahu menjual facebook kepada sesiapapun.
Hasilnya, setelah 3 tahun, beliau ditabalkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh Majalah IM Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD$1.5 billion. Kini, Microsoft pun berminat dan telah membeli share facebook sebanyak 1.6% bernilai USD$246 juta. Ramai lagi yang turut membuat pelaburan besar dengan facebook seperti pengasas PayPal, Peter Theil begitu juga billionaire terkenal dari Hong Kong, Li Ka-Shing. Sehingga kini facebook menjadi semakin canggih dan penggunaannya amat meluas sehingga ada yang menjadi kaya-raya disebabkan oleh pengiklanan facebook. Macam tu la pengaruh facebook ni...aku pun makin lama makin ketagih ngn fesbuk ni.. dulu register je..pastu xde nk layan...tapi bila dh layan... aduiii laa...hehhe tp ada pro n kontranye facebook ni...mana yangbaik..kita amik..mana yang x elok tu mintak dijauhkan...ngan fesbuk ni la kite dpt kontek balik memembe lama yang dh lost kontek...dpt igt balik kenangan2 masa dulu..mmg bes huhuhu..tp yang x besnye... makin lam..makin sedar dh tua..hehehe..facebook oh facebook....

..korang kena baca sapakah Mark Zuckerberg ni... seorang Yahudi-Amerika...huhuhh cari lee kt intenet....wallahualam...

Monday, February 15, 2010

Cuti Yang Panjang...

Huhuhuhu..panjang plak cuti rasa...tp malas lak nk keje...hehehe

Thursday, February 11, 2010

My New House...

Umah aku kt Chepor...dh 95% siap...tinggal nak amik kunci je lg..pastu wiring...hohohh...harap2..lepas CNY ni dpt konci...

Berapa lama Kita dikubur?

Semoga bermanfaat……

Berapa lama Kita dikubur?

Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.
Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya. Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk
Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965" "Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya... "Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya. "Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... " Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana .
Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910" "Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya.
Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil me min ta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"
Ayahnya tersenyum, "Lalu?" "Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek. Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah. Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya.... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur ....
Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata... Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun? ’ Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un’ ..... Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa?
Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi?
Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan? Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…”Allahumma as aluka khusnul khoot ima h”.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.
Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berter ima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan.... Dan apa yang akan datang di depannya...
"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..." Sebarkan e-mail ini ke saudara-saudara Kita, mudah-mudahan bermanfaat... ..
"Sebarkanlah walau hanya 1 ayat"

TeLuRrRrR....















Wednesday, February 10, 2010

Wifi@Tasneem...

waduhh2 pak...ptg td men badminton..tetibe rasa lenguh2 badan..aganye td x worming up dulu kot..hohohh...mlm wifi kt tasneem ngan incik syawal ,azoni n jamri...aduii ngantuk pun ada..

Bahasa Tubuh

Kadang kadang bahasa tubuh melambangkan keperibadian seseorang..setiap tindakan dan segala gerak badan kita ini sebenarnya sedikit sebanyak mempamerkan perangai dan sikap kita. Macam cara kita bejalan, bercakap, senyum, pandangan mata...Di bawah ini ada senarai beberapa jenis pergerakan tangan dan apakah yang boleh kita ramal tentang perangai dan sikap si pelakunya. Huhu copy paste je ni...

Memicit atau memegang hidung

  1. Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
  2. Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan

  1. Suka ikut kepala sendiri.
  2. Pentingkan diri sendiri.
    Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat.

Bermain dgn tangannya

  1. Mempunyai tahap humor yang tinggi.
  2. Pandai berjenaka.
  3. Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati.
  4. Jenis open minded.

Mematahkan jari jemarinya.

  1. Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain.
  2. Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku

  1. Gugup dan gementar bila berbicara.
  2. Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut

  1. Suka berkhayal.
  2. Sukar diperdayakan.
  3. Keras kepala.

Menongkat dagu

  1. Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
  2. Suka mendengar masalah teman2.
  3. Setia dlm persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja

  1. Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri.
  2. Peramah.
  3. Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan

  1. Ramah dan berfikiran matang.
  2. Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2.
  3. Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu.
Memutar cincin
  1. Sangat menepati janji.
  2. Berhati2 dlm tutur kata.
  3. Gemar hidup yang teratur.
Buleh pecaya ke?..wallahu alam…sekadar renungan…

Tuesday, February 9, 2010

DS Zambry VS DS Nizar

Hari ini...Mahkamah Persekutuan mengumumkan Dato' Seri Dr. Zambri Abdul Kadir adalah MB Perak yang sah...Pakatan Rakyat kena tunggu PRU13...sabar...

Monday, February 8, 2010

Cuti hujung minggu...

Pg tadi pederas dari lenggong huhuh...smlm x wat pe pun.. g tgk tanah ayah kt ulu lenggong, my mom upah org mesin kebun ayah..huhu lupa nk amik gambo..

Friday, February 5, 2010

Wifi lagi...

Ini malam...ana wifi lagi kt tasneem ngan incik azoni....huhuhu...try test tgk tasneem punya network ok ke x...kalo ok..bleh layan next time..

Hari ini...hari yang seperti selalu..

aduii..malas betui bangun pg ni...smlm dh pulun men badminton kt dewan kg simee...malas betui rasa..ni plak dah rasa mcm sakit perut..huhuhh agaknye banyak makan limau gong xi fa cai kot...

Thursday, February 4, 2010

Hari ini punya cerita....

4 februari......aduiii kenyang laa.. banyak pulak makan hari ni... ujan petang mmg rasa lapo...hahaha..

Wifi di Merutown..

Malam ni wifi kt merutown...huhuhh...sloooooooooowwwwwwwww....