Tuesday, December 22, 2009

Tuan Guru Dato' Dr. Hj. Ahmad Husaini Bin Saidin

Pose Tuan Guru Dato' Dr. Hj. Ahmad Husaini Bin Saidin dengan penuh tawadduk

Tuan Guru Dato' Dr. Hj. Ahmad Husaini Bin Saidin dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kuala Kangsar pada tahun 1980 namun di besarkan di Lenggong, Perak.
Bapanya, Tuan Guru Haji Saidin Bin Hussain Bin Taha merupakan keturunan orang baik-baik. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Pak Cu Sidin disebabkan beliau seorang yang baik dan disenangi masyarakat setempat. Beliau terkenal di Lenggong dalam menjalankan kerja-kerja masyarakat. Dengannya jugalah Ahmad Husaini mendapat pendidikan awal Muqaddam ketika kecil.
Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami Al Quran dari Almarhum ayahandanya serta ibunya Hajah Fatimah Bt Ahmad.Sewaktu usia 7 tahun, Tuan Guru Dato' Dr. Hj. Ahmad Husaini dihantar berguru di Sekolah Kebangsaan Lenggong. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama 6 tahun sehingga tamat UPSR.Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Masjid Lama,Lenggong berguru dengan ibunya Ustazah Fatimah dalam Al Quran.

Setelah tamat sekolah rendah Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. .Pada tahun 1993 beliau menyambung pelajaran di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak hingga 1997. Beliau menyambung pelajaran ke Kolej Universiti Teknolgi dan Pengurusan, Kota Bharu dalam mendalami ilmu Teknologi Maklumat dan Perkomputeran dan lain-lain.Ketika di Kota Bharu beliau juga telah bertemu dengan idolanya Tuan Guru dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ulama yang terkemuka di Malaysia. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang ulama dan pejuang politik islam yang terkemuka dan merupakan Mursyidul 'Am PAS dan jua Menteri Besar Kelantan. Pada tahun 2002 beliau telah mendapat tawaran bagi jawatan Pembantu Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak. Pada 2003 beliau menyambung pelajaran di Institut Veterinar Malaysia, Kluang Johor selama 2 tahun dan memperolehi sijil dalam jurusan Veterinar. Kemudian menyambung tugasnya di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.
Kemudian beliau menyambung pelajaran dengan mengikuti Kursus Bahasa Arab Qurani bersama AF Ustaz Azmi Bin Ahmad, mantan guru beliau di Izzuddin Shah di Masjid Muhibbuddin Shah, jalan Hospital, Ipoh...walau bagimana pun tidak sempat menghabiskan kursus kerana kesibukan kerja.

Pada 2007 beliau telah ditukarkan ke Unit Agronomi bersama AF Tuan Guru Bakhtir Bin Manap bagi menguruskan padang ragut di Negeri Perak dan pada masa yang sama mentarbiah ahli ahli padang ragut supaya kembali ke jalan yang diredhai.

Pada bulan Jun 2009 beliau menerima kehadiran seorang rakan iaitu Sahibus Samahah AF Tuan Guru Ustaz Sheikh Baharuddin Bin Ali, seorang ulama terkemuka di daerah Grik yang telah ditukarkan ke Ipoh.

Dan sehingga kini Tuan Guru Dato' Dr. Hj. Ahmad Husaini Bin Saidin bersama sama Sahibus Samahah AF Tuan Guru Ustaz Sheikh Baharuddin Bin Ali dengan sokongan AF Tuan Guru Bakhtir Bin Manap telah terus berusaha berdakwah kepada kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak yang masih lagha dan terus berbuat kemungkaran agar kembali ke jalan yang benar.


***Gurauan saja... hahahahahha xde kena mengena yang hidup /yang mati...

No comments: