Monday, November 30, 2009

Raya dan Alza

solat sunat aidiladha, kat mesjid lama kampung aku...diimamkan oleh ustaz khushairi (anak tok wan), lecturer kt mrsm lenggong..

tadaaa.... evo3 seperti yang diidam2kan oleh azoni...barang dah beli... bila nk pasang...kalo pasang sok.. mcm ni laa keta hang...tapi kaler putih.. perrrghhh...lagi mantap...pasang jangan x pasang

ni.. semalam... bawak anak buah ngan anak sepupu p taman kanak2...huhuh


jamri..posing sebelah keta idaman dia...angkat laa satu bro...



hari sabtu aritu, sempat aku ngan jamri p ushar perodua baru.. alza...dan laa posing seketoi dua ngan alza..hahaha...sapa banyak duit bleh laa amik...

Salam Aidiladha....

Allahu Akbar Allahu Akbar
Allahu Akbar Lailahaillallahu
Allahu Akbar Allahu Akbar walillahilhamd

Salam Aidiladha...x terlambat rasanya nk ucap ni... :) hari raya kali ni, xde wat korban pun..join2 org kampung je..pastu hari sabtu ada majlis korban perdana kt opis, dpt laa tulang ngan daging ckit...akak dah wat sup huahahaha...2-3 hari asyik makan tulang je wat sup...pg td kol 6.30 macam biasa gerak dari kampung...malas betui nk keja.. mintak2 laa dapat pc baru hari ni..ahhahaa semangat sikit..

Wednesday, November 25, 2009

24 November 2009

Husam lawat PRKL

Oleh Mohd Syamil azhar.

LENGGONG: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa memilih Padang Ragut Kampung Luat (PRKL) sebagai destinasi antara pengisian dalam jadual kunjungannya ke kawasan Parlimen Lenggong baru-baru ini.Beliau berkunjung ke kawasan Parlimen Lenggong atas jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada peserta-peserta kursus di Dewan Milenium Lawin dan menyampaikan ceramah umum di Kampung Padang Kunyit pada sebelah malamnya.Lawatannya pada jam 5 petang dengan diiringi Yang Dipertua Pas Lenggong, Haji Razman Haji Zakaria dan beberapa anggota Unit Amal disambut Pengerusi PRKL, Haji Harun Abdul Lateh.Dalam lawatan singkat itu, beliau yang juga AJK Pas Pusat mendapat sedikit penerangan mengenai PRKL, bagaimanapun tidak dapat melihat kumpulan rusa kerana ternakan utama itu berada di dalam petak yang jauh dari jalan masuk.PRKL yang pernah menjadi padang ragut terbaik seluruh Perak (2003 - 2006) diusahakan 14 ahli secara berkelompok dengan seliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak (JPVP).Kedudukan terkininya, PRKL yang berkeluasan 130 ekar, 65 ekar untuk ternakan rusa dan 65 ekar lagi untuk ternakan lembu, memiliki 300 ekor rusa dan 70 ekor lembu.

* caya la..padang ragut luat...

Majlis Qurban

dah padam pun... kesian...

ni laa.. ostrich...yang dah nyawa2 ikan td...


dah siap pasang kemah sume...


kurungan untuk ostrich..ada 5 ekor... tp dah padam sekor td.. stress agaknye...


atas ni kurung untuk rusa.. ada laa anak rusa nani dlm 10 ekor kot... huru hara je tgk.. stress lagi ni.. kesian..
28/11/2009 (sabtu) ni kt opis aku ada buat majlis korban peringkat negeri, ds zambry kadir dtg rasmi, semua staff wajib hadir tu... huhuh...kt opis sekarang ni dorang dok siap2 kan landskap, kemah2 utk majlis tu la.. td dah hantar ostrich ngan rusa nk letak lam kandang yang depan opis ni... huhu

Car Of The Year....

ni la dia...kuda tungganganku untuk pulang ke kampung ....telah diperkudakan sejak tahun 2005..hingga kini telah banyak berjasa kepada aku..xde banyak problem...sikit2 biasa la...kuda pun dh tua...terima kasih banyak2 kpd kudaku ini...

Tuesday, November 24, 2009

Hadith Pilihan

Pahala Menyampaikan Ilmu.....

عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الْعَامِلِ

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal Bin Mu'az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): " Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya." Hadith Shohih Sunan Ibnu Majah

Kopi Time

malam ni ana ber'wifi' kt merutown kopitiam dengan sheikh syawal...wohoho tetibe lak ngantuk...

Nyanyi Ikut Melodi Lagu Teman Tapi Mesra

VERSI KELATE (SAING TAPI MESRA)
kawe punyo saingsaing sepermaineKemano ado dio selalu ado kaweDio amak comeJugo baik hatiDio selalu ado waktuUntuk tulong kawe
(2)Namung kawe bengoowwKetiko dio ghoyak cintoDe dio jugok ghoyakTuk ingin jadi gewe kaweReff :Cukup lah sajow saing nge kaweJange demo mitok lebihKawe tok ser mengcintai demoKito bersaing sajosaing tapi mesrokawe meme berkene pado diri demoNamun kawe ado gewe dohLebih baik kito bersaing sajoKito bersaing sajosaing tapi mesro..[code]


VERSI GANU (TEMANG TAPI MESRA)
Aku ade temangTemang sepemainangKat ane ade die sokmo ade akuDie manih letiengHati die pong baikDie sokmo ade maseNok tulong akuu(2)Tapi aku bengongMase die kabo nok kasehPahtu die kate pulokNok jadi kaseh betolReff :Aku kabo padang la kite kawang sajeMung jangan mitok lebih2Aku dok akang suke ke mungnyeKite jadi kawang cukup arKawang tapi kacipBenonye aku suke gok ke mungTapi ade doh org cHop akuBaik kite kawang jeKite saing doh laKawang tapi kacip molekke guane...

Monday, November 23, 2009

Fakta Dunia Part I

FAKTA MENARIK alam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan. (sumber : www.webkl.net)

1.
Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).
Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina , ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark , Dominica , Djibouti , dan Republik Dominica .

Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

AU1004...dulu, kini dan selamanya....





SEBELUM





SELEPAS



My New AU 1004 Part II

Amamcam?..ada bran?

Baru FASA 1 ni...blom masuk FASA 2 lagi...

AU1004 dengan wajah baru



Alhamdulillah.. dapat jugak ber'blog' balik huhu...mggu lps 2 hari server down kt opis ni.. ntah apa kejadah xtau la..jenuh aku kena panggil ngan bos...xplain pasal server down ni...alhamdulillah hari ni dah ok..cuti 2 hari x wat pe pun... hr sabtu balik kampung, smlm p tepeng umh pakcu, amik rmbutan hahaha...ujan sepanjang hari da...td kol 6.30 gerak dari kampung...huhuh..nk p minum jap..

Wednesday, November 18, 2009

My New AU 1004

Amacam? mantap x?? huahuahuaa..lam kedai lagii..blom siap lagi...ejos lom tukar..seat pun x pasang lagi....nanti dah siap baru tangkap lelehh...

Sweet Home Lenggong huhu...


Suasana pagi di kampung...

Majlis Makan-makan

hari ni ada majlis makan2 kt opis, sempena deepavali...adala nasi briyani ngan maruku hahaha...ni dah kenyang...

Tuesday, November 17, 2009

Aku Demaaaammmm...uuuuuu

hari ni demam laa..pg td dah telan penadol 2 bijik terus tido..huhu..bepeluh2...baaru rasa segar sikit...

Monday, November 16, 2009

Adoii... sakit tekak...huaaaa tensionnyeee..dah bape bijik strepsil dah telan ni...begelen air dah ...

LC 135 ku...

meter 1000




ni lc aku...baru pakai dlm 5 bulan lebih...AET3919 tu anta kampung...haha

Sunday, November 15, 2009

BANJIR di lenggong

Semalam aku balik lenggong, sempat jugak tengok kemusnahan sebahagian kampung kt lenggong akibat banjir...yang aku sempat ronda tgk smlm kg sumpitan, kg luat, gua badak, kota tampan dan banggol belimbing. teruk jugak laa tgk...dorang cakap sampai semeter lebih air naik..pastu jalan lama ke banggol belimbing pun tutup sbb nk repair jalan yang rntuh, hakisan dari sungai...area lepas batu puteri..alhamdulillah kg aku x kena sbb kawasan tinggi,tp parit2, tasik ngan kolam sume penuh ngan air. semoga lain kali menda2 mcm ni dapat dielakkan. kesian tgk umah yg kena banjir..

Ngopi Time

Malam ni aku, syawal n nizam kt chors cafe ...pasal merutown tutup hari ahad daa..oii sawal...hang jangan main2..tumbuk karang...hahhahha

Friday, November 13, 2009

The New Kelisa


huaahuaahuaa...aku dah beli kelisa baru...bukan keta aa..tapi ikan kelisa/arowana baru..jenis badan panjang..dengan hargenyee...RM30 serba satu...harap2 x kojol laa pasni..kena bela leklok..gambo akan diuplod kendian ye..

BEZA MARJERIN DAN MENTEGA

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut: 1-tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda) 2-ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi, tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

Thursday, November 12, 2009

KENANGAN IZZUDDIN 93-97 dari 014/93(no pelajar aku daa..)

dalam dewan sekolah...leman mcm blur je..
sapa yg depan skali tu.. mak oii hensemnyee..
kelas 2N dgn cikgu khairuddin..yg xde lam gambo tu...dah kena air...sampai tanggal kaler..hehehe....aku barisan tengah empat dari kiri..

masa kawad hari kebangsaan 1996 dapat no 2


makan malam akhir tahun...end of year 1997

WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT


1.
Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk.
Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah s.a.w. mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang meyembah matahari.
Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini.


2.
Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10 mins sebelum masuknya waktu zohor.


Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam.

Budak Jahat Hina Solat Dalam Gereja


2012

Teori hari kiamat Sempena Cerita 2012
--------------------------------------------------------------------------------

Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?

RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.

RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa.

Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.


AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.

Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

Hentaman objek

"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.

"Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.

Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.

"Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

Perlanggaran galaksi

Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.

ZAMRI menunjukkan satu gambar permukaan bulan terbaru yang teruk dihentam objek terapung di angkasa seperti asteroid dan komet.

"Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.

Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.

PERBUATAN manusia menjadi salah satu punca berlakunya bencana alam. – Gambar hiasan. (KANAN) Hampir setiap hari, ada asteroid yang cuba menghampiri bumi.

Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.


"Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.

Fenomena alam berangkai

Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

"Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

"Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

"Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

Terma Kosmofobia

Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

"Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

"Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.

WALLAHUALAM...SESUNGGUHNYA KIAMAT DAN AKHIRAT ITU BENAR..SEMUA RAHSIA ALLAH...CUKUPKAH AMALAN? BERSEDIAKAN KITA?
kukuhkan,tetapkan,kuatkan iman.

Tuesday, November 10, 2009

Seminar INFORMATION SECURITY AWARENESS




Hari ni,aku seminar kt tepen smpai esok..seminar psl keselamatan maklumat jbtn..training mcmana nk prevent hack kt jbtn kita..organized by kperak,suk ngn marshall technology..huhu kt taiping golf resort..aku g ngn mawi.

Monday, November 9, 2009

R.I.T.S (rest in tong sampah)


huhuhuhuuuuuuuuuuuu.....ikan kelisa aku mati pagi tadi...telebih makan gamaknye...kesian...baru sebulan selih bela...seb baik free..

Friday, November 6, 2009

Mai secawan....


malam ni syawal dok ber'blog' kt meru town...laaayaaannnn...hang jangan dok kutuk aku syawal... tummbukkk kang...hahahahaha

Thursday, November 5, 2009

huhuh...malas betoi laa.. ujan lak..babai..nk balik

Monday, November 2, 2009

Hari ni aku cuti huhuuuuuuuuuuuu...jap g bwk mak balik kampung..mlm kang/pg sok baru balik ipoh..sok keje daa..

Sunday, November 1, 2009

salam...
akhirnya dapat sambung balik blog ni...
td kol 5.30 kitorang sampai kt umah akak..alhamdulillah hehe..nampaknyee sok cuti laa..huhu xpe cuti rehat banyak lagi..